Tuesday, 17 June 2014

=Pengalaman tentang Pembedahan =TONSIL=

Ceritanya berbula bergini... sedang seronok duk bekerja dan menjalani hidup baru setelah mendirikan rumah tangga, tiba-tiba aku rasa pening mcm nak pitam. Then aku ambil keputusan untuk ke klinik demi mendapatkan nasihat dari doktor. Setibanya dikat klinik, aku pun tunggulah. ingat pasal mata rabun then aku jadi mcm tu. bila tiba giliran aku jumpa doktor, aku masuk dengan selambe jelah. doktor tu nama dia Maideen. Dia tanya apa masalah aku.(nie baru betul doktor, tanya masalah ape. Bukan tanye kat pesakit "AWAK SAKIT APE?" then x check langsung tibe2 bagi ubat je). Then aku cakap aku rasa mcm nak pitam je setiap hari. dia check tekanan darah (TAkut aku ada darah tinggi sebab badan aku agak berisi) Alhamdu lillah ok tekanan darah aku. Lepas tu doktor tu check bahagian mulut dan hidung, Seperti ada yang tidak kena padanya. lalu doktor cakap awak ada tonsil....

Dipendekkan cerita, aku terus pergi ke hospital untuk buat pembedahan(lepas 2 3 minggu juga baru pegi, ni sebab nak pendekkan cerita ni) berjumpa dengan doktor Redzo(KPJ Dekat RTM) doktor ni memang cool dan tanang. bila aku tanya dia sakit x, dia kata x sakit. cuma mungkin kamu akan kurus sikit lepas pembedahan. so dengan hati yg tenang and tak tahu apa, aku check in hospital untuk dibedah.

waktu masuk bilik bedah, kita akan berjumpa dengan pakar bius dimana pembedahan ini akan buat kita tidak sedar. After 1-2 jam macam tu baru kita sedar(lepas selesai pembedahan) Memang tak sakit masa pembedahan, tetapi agak sukar selepas bembedahan. nak minum air pun susah. boleh makan bubur yang di blend. tapi time nak telan memang susah. Jangan risau, Bukan x boleh makan langsung, doktor akan bagi ubat untuk bolehkan kita makan. dalam seminggu juga waktu yg diperlukan untuk kita senang makan.

Aku amalkan Gamat Ladzo. sehari 2 sudu. then luka dalam cepat baik. memang turunlah berat badan sebab x boleh nak makan sangat seminggu. tapi seksa tu hilang dan memberi kesan yang amat berbeza selepas luka tu kering dan sembuh.TQ

Isteri tidak suka minum susu ketika hamil?

Ada satu situasi dimana ketika ibu hamil memang tidak dapat nak minum susu diatas sebab-sebab tertentu. Ada kalanya ibu hamil memang tidak suka minum susu yang berwarna putih kerana kelihatan meloyakan dan sebagainya. atau memang tidak suka minum susu.
Bagi situasi bergini, pasti ibu dan keluarga akan pening dan risau takut anak dalam kandungan tidak menerima khasiat kalsium yang secukupnya. Jika si ibu tidak dapat memberikan khasiat kalsium secukupnya untuk anak dalam kandungan, anak akan menganbil khasiat kalsium itu dari gigi dan tulang si ibu. dan ianya akan mengakibatkan ibu akan berasa sakit tulang belakang, sakit sendi dan sakit gigi.
Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, saya mengesyorkan supaya anda menggunakan OsteMatrix Shaklee.
Ianya berkesan ketika Isteri saya mengandung, dan isteri saya tidak boleh minum susu. Alhamdu lillah dengan berkat dan IzinNya setelah usaha kita. Anak saya sihat dan tinggi ketika dilahirkan. Jika inginkan Produk tersebut, boleh Wassap saya 0167365037. Kita Usaha, hasilnya dariNYA.

Thursday, 24 October 2013

Penyokong pengsan beli tiket. Ngap Sayot!!

Suber dari harian metro...

Penyokong Sarawak membanjiri Kaunter jualan tiket sedak 6.pagi. Sawarak akan Mengganas???

KUCHING: Sekurangnya lapan orang pengsan apabila keadaan di kaunter jualan tiket di Stadium Negeri, Petra Jaya, di sini bertambah kecoh berikutan orang ramai yang berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Pahang malam esok.
Dianggarkan 15,000 penyokong Sarawak membanjiri perkarangan stadium seawal jam 6 pagi untuk membeli tiket. 
Sebanyak tiga kaunter tiket dibuka menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang. 

Difahamkan timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang ramai apabila mereka dikehendaki menunjukkan kad pengenalan dalam usaha Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menghadkan lima tiket kepada seorang pembeli.
PENYOKONG Sarawak bersama menolong seorang penyokong yang pengsan ketika berasak-asak membeli tiket. FOTO Azahan Rosli

Wednesday, 23 October 2013

Saman tidak boleh dikompaun

Sedikit selingan... Info kepada semua yang manalah tahu telah disaman, atau tibe2 kene saman dimana dekat bawan surat saman tu tulis, SAMAN INI TIDAK BOLEH DIKOMPAUN. x pun abg polis ke, JPJ ke, cakap kene pergi makamah pada tarikh berikut.

Jika anda hadapi situasi seperti ini, anda haruslah hadir ke Makamah yang telah di tetapkan mengikut surat saman tersebut. THEN YANG PENTING ANDA PERLULAH BERSEDIA DENGAN JUMLAH WANG YG AGAK BANYAK UNTUK MENJELASKAN SAMAN TERSEBUT PADA MASA YANG SAMA.
Memanglah kita rasa maybe sama bayaran saman dengan biasa2. tetapi apabila berada dalam situasi ini, jumlah yang perlu dibayar kadang2 boleh mencecah maksimum rm3000.
Untuk kepastian nilai yang perlu dibayar, Anda datanglah ke makamah mengikut tarikh yg ditetapkan. lepas tu, tanya dulu dekan pegawai yg bertugas berapa jumlah yang perlu kita bayar. Dengan itu kita dapat tahu anggaran jumlah saman yang akan dikenakan. Jika pada waktu itu kita xde duit yang cukup, sila minta TANGGUH BICARA. Kalau kita x minta tangguh, lepas tu kita terus je masuk untuk dibicarakan. Bila dah start bicara kita x ada U-TURN point dah. Kalau dah bicara kita kene sedia dan bolehlah buat rayuan bagi kurangkan saman. Kalau dan start bicara then sebenarnye memang kita xde bawak duit, Kita dah x boleh pg mana. Kita akan ditahan. Sehingga ada org lain datang untuk tlg bayarkan x kiralah siapa. family atau siapa2 pun. Selagi xde org bayar, selagi tu kita kene tahan dan duduk dalam LOKAP. SEbab kita x boleh nak runding untuk bayar saman tu ansur2.

So sedialah. Kalau xde duit, cakap kat org tu xde duit. boleh tangguh. nanti dah ada duit datang semula untuk dibicarakan dan bayar saman tu. Saman tu Boleh Naik mengikut berapa lama lesen atau road tax kita mati. Makin lama, makin banyaklah kita nak kene tanggung. x silap minimum pun RM600.

SO KEPADA SEMUA PENGGUNA MOTORSIKAL DAN KERETA, PERIKSALAH TARIKH LUPUT LESEN ATAU ROAD TAX ANDA. KALAU KENE SAMAN, X BERBALOI DENGAN KEADAAN TARAF HIDUP YANG MENINGKAT TIDAK SETIMPAL DENGAN PENDAPATAN KITA.

patutlah ada pakcik cakap, kalau road tax motor atau kereta mati, baik cabut. x berbaloi. lagi2 kalau road tax motor. kalau renew x sampai rm200. kalau kene saman, boleh 3 kali renew roadtax. 

Semoga bergua untuk semua

SelumberCrewzz

Aku Dia Kamu atau mungkin Kita?

Cerita ini Mungkin Milik aku, Dia ,Kamu ataupun Kita.. Hidup x semestinya berbicara tentang apa yang kita mahu. Mungkin Hidup akan Berbicara tentang apa yg Kita Perlu Laksanakan.. Ada yang Ingin Kaya tetapi tidak kaya. Ada yang ingin Senang tapi Tidak sesenang yang disangka. Atau Mungkin Ada yang Kaya tapi tidak pada hakikatnya. Bersyukurlah. Segala apa yg ada. Jika mAhukan Lebih, USAHA lah... Tapi Jgnlah Mengeluh Jika ketika ini kita sedang menghadapi hari yang sukar. Ingat Pada yang satu. Bukan hanya ketika kita berada dalam keadaan sukar. Setiap Masa Harus kIta Ingat padaNYA.


Bila Susah, Mohonlah Bantuan DariNya. Bila senang, Bersyukurkan kepadaNya. Ingatlah Tidak ada siapa yg mahu hidupnya susah. Jika ada Kelebihan pada diri KAmu,Aku,Dia Atau Kita. Bantulah Insan yang Memerlukan. Susah Macam mana Pun Kita, tapi pabila kita didatangi insan meminta pertolongan, tolonglah sekadar yang mampu. Nescaya satu ketika nanti kita akan dibantu. tapi mungkin bukan sekarang. Mungkin Nanti. Semua dengan kehendakNya. Serta IzinNya..

Mungkin ada Aku,Kamu,Dia atau Kita bila didatangi insan meminta sedikit derma, Aku,Kamu,DIa atau Kita berkata. Kenapa insan ini tidak bekerja? kenapa senang meminta2? Kenapa tiada usaha darinya? Berbohongkah dia? Sudah2lah berfikir tentang sidia yang meminta. Berikanlah sedikit yang kita mampu. Dusta atau tidak, itu urusannya. Jika ada yang boleh disumbangkan, Ada baiknya. Dari memikirkan tentang sidia yang meminta. Mungkin Benar apa yang Aku,Kamu,Dia atau Kita fikirkan. tapi Mungkin Ada sebab yg tertentu menyebabkan sidia terpaksa meminta sebergitu. Berikanlah sedikit. walau 50sen. Mudah2an ianya akan dapat membantu beban sidia...

Semoga Ini Dapat Mengigatkan Diri Aku,Kamu,dia Atau Kita. Terutama AKU...

Tuesday, 22 October 2013

Ianya akan bermula..

Hidup, semua orang perlu hidup. tapi, hidup yang macam mana?
Semestinya semua manusia menidamkan hidup yang selesa. Gembira, Bahagia, Ceria. Bukan hidup yang Derita Ataupun Gembira dalam Derita. Ini BUKAN kisah aku atau kamu. Entah siapa empunya kisah ini... Kisah ini akan bermula...

hidup kini bermula..